Tuesday, August 8, 2017

Destinasi Percutian Di Singapore Yang Kanak Kanak Pasti Suka

Ramai ibu bapa yang pening kepala bila nak bawak anak anak jalan jalan sama. Pening dengan kerenah anak anak dah satu hal la. Pening nak bawak anak jalan jalan mana pun satu hal yang lain. Selalunya, kita kalau dah tak ada idea sangat, kita akan bawa anak kita ke pasaraya, bagi anak anak main main di tempat mainan berbayar yang guna token tu. Sekarang tempat tu dah advance sikit. Sekarang tak guna token lagi. Sekarang dah guna cash card. Kan.. Sebab kita jarang buat research, so tempat tu, tak tau dah berapa kali kita satu famili kunjungi. Silap haribulan, duit yang kite leburkan kat situ, dah boleh beli dua tiga mesin game tu. Itu satu tempat, tempat lain adalah resort yang ada kemudahan swimming pool. Tu pun dah kerap sangat kita bawak anak anak kita ke situ. Sampai anak anak pun dah hafal dah next trip nak kemana. Mak ayah yang sedang baca tu, kenapa senyum sorang sorang.. betul la tu kan... 

Ok, just nak share sikit beberapa tempat yang mungkin kita boleh bawa anak anak kita bila kita berkunjung ke Singapore. Atleast kita ada la beberapa option untuk bawa anak anak kita pada trip akan datang kan. 


1. Science Center, Singapore. 
Science Center, Singapore ini adalah tempat asas asas bidang sains yang anak anak perlu tahu. Banyak benda dalam ni yang kita sendiri sebagai orang dewasa pun kadang kadang tak tahu. Terdiri dari beberapa bahagian iaiti Sc Center (main), Dino Robot Factory exhibition, Butterflies Up-Close, Omni-Theatre, KidsSTOP dan Snow City. Semuanya berada dikawasan yang sama. Namun begitu, ada pameran pameran yang sentiasa diupdate mengikut bulan dan masa dan kesesuaian. Lokasinya adalah di Jurong. Kalau nak kesini, just ikut 2nd Link, Gelang Patah, boleh sampai sini dalam masa 30 minit kalau tak jem. Kadar bayaran untuk masuk ke Sc Center bagi foreigner adalah SGD12 untuk dewasa dan SGD8 untuk kanak kanak. Dan lain lain exibition center macam Dino Robot Factory exhibition, Butterflies Up-Close, Omni-Theatre, KidsSTOP bayaran tambahan berbeza juga dikenakan. Pada saya, masuk ke sini memang berbaloi, sebab boleh menambahkan ilmu pengetahuan anak anak dalam bidang sains


2. Snow City Singapore
Sebelah Science Center ada satu building lagi iaitu Snow City. So kalau dah ke Science Center, jangan buang masa lagi, just terus masuk ke Snow City je. Caj yang dikenakan adalah SGD18 bagi dewasa dan caj yang sama bagi kanak kanak. Duduk dalam Snow City ni tak boleh lama lama. Sebab sejuk sangat. Nak lama lagi, kena tambah SGD18 lagi. Sebab mereka kenakan caj berdasarkan jam. So lagi lama duduk dalam situ, lagi mahal la. Satu jam pun dah kira lama sangat dah tu. Kita bukan beruang kutub pun kan, yang ada bulu lebat, boleh tahan lama lama dalam ais. So, di Snow City ni, boleh lakukan aktiviti wajib dalam ni iaitu main ais.. besttttt


3. Singapore Zoo
Singapore Zoo atau ada orang panggil Mandai Zoo juga terletak di kawasan Mandai. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Woodland Singapore. Kalau nak kesini (dan ini adalah destinasi pertama), elok ikut Tambak Johor. Menariknya di Singapore Zoo ni adalah statusnya sebagai sebuah zoo yang terbaik mengatasi San Diego Zoo, US, Toronto Zoo, Canada, Berlin Zoological Garden, Jerman, Whipsnade Zoo, UK, Australia Zoo, Australia, Columbus Zoo and Aquarium, US, Smithsonian National Zoological Park, US, Bronx Zoo, US dan Basel Zoo, Swiss walaupun keluasannya cuma lebih kurang 30 hektar sahaja. Arwahnya Tg Jalil, pernah praktikal dan bekerja di zoo ini suatu masa dulu. Al-Fatihah untuk Arwah Tg Jalil. 


4. Keppel Centre for Art Education
Terletak di L1 City Hall Wing, National Gallery Singapore, 1 St Andrew's Rd, Singapore, 178957. Di sini, anak anak yang cenderung kearah bidang seni pasti gemarkannya. Walaupun ianya terletak di National Gallery, namun pihak Kappel adalah penyumbang kepada dana tempat ini. Masuk adalah percuma. Selain pameran mengenai seni, program lain yang mereka anjurkan adalah melukis, perbincangan mengenai seni bersama pakar seni, bercerita dan belajar mewarna oleh pakar lukisan disana. Untuk menyertai aktiviti aktiviti ini, sedikit bayaran dikenakan. 


5. River Safari, Singapore
Konsep River Safari adalah sambil menyusuri sungai, sambil melihat lihat binatang yang ada. Kalau di zoo, boleh katakan kebanyakan haiwan yang ada untuk pameran adalah yang ada didarat, tapi untuk RIver Safari, haiwan yang ada adalah yang hidup diair. Memang seronok dapat naik sampan sambil melihat haiwan haiwan yang seakan dekat dengan kita. Terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu Amazon Flooded Forest, Giant Panda Forest, Amazon River Quest dan Mekong River. Dibuka pada setiap hari dari 10am sampai 7pm. Kadar bayaran tiket adalah SGD30 untuk dewasa dan SGD20 untuk kanak kanak. Jom kita kesini. 


6. Playeum's Children's Centre for Creativity
Lokasi tempat ini adalah di 47, Malan Rd, Singapore. Bagi anak anak yang sedang meningkat usianya, pastinya mereka sesuatu untuk di explore. Pendek kata, sifat ingin tahu mereka adalah sangat tinggi pada masa ini. Dan disinilah tempat yang sesuai untuk mereka. Dari menyambungkan paip PVC hinggalah menampal tayar basikal yang bocor semuanya ada disini. Ibubapa yang menemankan anak mereka kesini tidak dikenakan apa apa bayaran, tetapi kanak kanak akan dikenakan bayaran SGD20 seorang. Dibuka setiap hari dari 10am hingga 6pm


7. Urban Ski Singapore. 
Ianya terletak di 9 Raffles Blvd, Singapore. Dibuka dari jam 12 tghari hingga 8 malam dari Isnin - Jumaat dan 8am hingga 6pm pada sabtu dan ahad. Ok, tempat ini adalah tempat untuk ski. Ya ski. Ianya adalah bagus untuk membina deria motor anak anak anak. Walaupun kita tidak pernah bemain ski atau snowboard, disini anak anak anda boleh melakukannya. 

Jadi, enjoy your holiday. Jika anda memerlukan keperluan seperti transport, penginapan, tempat makanan halal dan sebagainya, jangan segan segan untuk menghubungi kami di Accurate Travel. Kami sedia membantu anda.