Monday, January 16, 2017

Pakej Murah Vs Pakej Mahal

Biasa kan dengan harga pakej percutian yang kita dapat. Dan harga adalah salah satu faktor yang biasanya kita akan tengok. Bukan sekadar tengok. Harga jugak yang biasanya menentukan sama ada kita beli atau tak pakej tu. Dan satu lagi, harga biasanya kita letakan sebagai 1st priority untuk kita buat keputusan. 

Sebenarnya zaman dah berubah kan. Dulu masa zaman Proton mengeluarkan first model of the company, iaitu SAGA, ada cerita cerita daripada orang (yang sumbernya tak sahih) bagitau yang material kereta proton tu diperbuat daripada tin biskut, dan bila berlaku kejadian kemalangan, nampak la segala design tin biskut tu. Bila dah besar, saya berpeluang untuk mengetuai sebuah syarikat metal stamping. Dan salah satu produk yang kami hasilkan adalah pintu kenderaan. Malangnya, apa yang saya dengan selama ini adalah mitos. Betul jugak, mana la ada tin biskut orang nak kutip, then nak cantumkan satu persatu, untuk di buat pintu kereta. Sangat tidak kos efficient. Tapi, ada trick yang mana kita boleh dapat pintu dengan harga yang murah (untuk kereta murah) dan pintu yang mahal (untuk kereta mahal). 

Kalau dalam bidang pelancongan, pun perkara sama akan berlaku. 

Berikut adalah beberapa sebab mengapa kita biasanya disajikan dengan harga yang murah

1. Banyak kos tersembunyi
Banyak agen sama ada secara online atau offline akan memberikan harga basic. Harga basic bererti harga tidak termasuk itu dan ini. Contohnya, Pakej 3H2M ke Krabi, Thailand, berharga RM299. Macam tak percaya, tapi rupa rupanya harga tersebut hanya untuk penginapan di motel. Ada jugak yang cuma masukan harga bilik, tidak termasuk pengangkutan semasa di tempat percutian, tidak termasuk makan minum, tidak termasuk tipping, tidak termasuk dobi dan sebagainya. Bila tiba hari percutian, nak masuk sini kena bayar, nak masuk situ kena bayar, nak kena bagi driver tipping,  nak bagi tour guide tipping dan sebagainya. Pening kan?

2. Low grade
Harga yang murah juga sering dikaitkan dengan penggunaan servis yang low grade. Banyak contoh sebenarnya. Antaranya penggunaan tour guide yang tak ada lesen, penggunaan hotel penginapan ala ala kadar, penggunaan hotel budget (ingatkan hotel 5 bintang hehehe), makanan yang tak tau halal haramnya, atau makanan yang bukan di restoran dan sebagainya. 

3. Penipuan
Banyak kes penipuan pakej percutian termasuk pakej umrah yang biasanya menawarkan harga yang gila gila murah. Mau tak kelabu mata kalau pakej umrah biasa RM6999, tapi ada agen (kononnya agen la) bagi separuh harga. Dan dia akan bagi pelbagai alasan yang munasarawak kenapa dia boleh harga macam tu. Antaranya sebahagian daripada kos ditanggung oleh dato itu ini, koperasi dan sebagainya. At the end, kapal terbang balik dari tempat percutian tak muncul muncul. Paling teruk lagi, tak dapat nak pergi langsung. Bukan satu kes tau yang macam nie. Dah banyak sangat kes dah. Setiap tahun ada je yang kena tipu. Alasan kononnya kita beli pakej dengan orang yang kita kenal dan lali dah saya dengar. Orang yang kita kenal tu la yang kenakan kita balik. 

4. Tak dapat apa yang dikatakan. 
Biasanya bila kita beli sesuatu pakej, kita kena tengok apa yang termasuk dan apa yang tak termasuk dengan harga tu. Contoh, harga termasuk mineral water, tapi bila on the travel date, mineral water tak dapat pun. So kalau pakej 40 orang satu bas, patut dapat mineral water sorang satu, tapi tak dapat, so kira jimat RM40 la kan. So boleh la bagi harga rendah. Yang kita ingatkan dapat la menghilangkan dahaga dengan mineral water tu. Atau pun, contoh lain, patutnya ada tour guide, tapi rupanya driver tu la tour guide. Emmm... 

5. Tak pergi tempat yang berbayar
Ada syarikat yang menawarkan pakej murah, then dia ada tulis sekali nama tempat tu. Contohnya melawat Universal Studio Singapore. Orang lain buat pakej ke USS, tiket je dah RM220. Tapi dia buat pakej tu RM200 siap ke USS dan Garden By The Bay lagi. Sekali rupanya, bukan masuk pun ke USS, cuma singgah ambil gambar je... Padan la murah.. 

Ok, tu je sedikit perkongsian dari kami. Moral of the story, sebelum beli, kena tengok tengok dulu apa yang kita akan dapat dengan harga yang kita bayar. Tak salah pun nak bertanya. Yang penting kena tanya dulu sebelum beli. Bukan lepas balik dari melancong, banyak sangat persoalan yang timbul. Hehehe.. Selamat melancong.