Monday, October 24, 2016

Tips Percutian Ke Taiwan : Bahagian 1

Tips Percutian Ke Taiwan : Bahagian 1

Hari nie kita tak nak cerita tentang politik Malaysia Singapore, aset 1MDB di Singapore dan hal hal yang tak ada kaitan dengan keriangan jalan jalan di Singapore. Yang kita nak cerita adalah tentang bestnya jalan jalan di Singapore. Yang mungkin ada yang dah tau, atau ada lagi yang lom tahu. 



Singapore merupakan sebuah pulau yang terletak di selatan Malaysia dan Johor. Oleh kerana ada dua jambatan yang menghubungkan Johor dan Singapore, so ada tiga alternatif jalan untuk ke sini - melalui Johor. Pertama, melalui jalan darat iaitu JB - Woodland Causeway atau 2nd Link Gelang - Tuas. Selain itu Singapore juga boleh di access melalui jalan udara. Pelawat boleh menaiki penerbangan terus ke Changi Airport. Kalau dari Malaysia, kita boleh ambil penerbangan airasia, Malindo dan MAS dari KLIA, Subang, Kuching, Kota Kinabalu dan Penang. Kalau terasa nak experience baru, boleh je cuba pengangkutan air. Orang yang stay di area Kota Tinggi, Penggerang dan Desaru boleh ambil feri dari Tg Belungkur ke Tanah Merah Feri Terminal yang berdekatan dengan Changi Airport


Sebenarnya setiap alternatif perjalanan menjanjikan pengalaman yang sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Kalau ikut jalan darat sama ada melalui Tambak Johor atau 2nd Link, kalau bertuah badan, sudah tentu akan merasai jalan jam yang gila gila. Yang kadangkala mengambil masa sehingga 4 jam (rekod maximum yang saya pernah tempuhi). Tapi kesesakan lalu lintas boleh dielakan kalau kita bertolak lebih awal dan mengelakan bertembung dengan orang orang Malaysia yang nak pergi kerja. 


 Perjalanan melalui Tambak Johor atau 2nd Link biasanya mengambil masa lebih kurang 2 jam. So apabila berada di atas Tambak Johor, tentunya kita dapat melihat dikanan dan kiri Tambak Johor, Selat Tebrau, yang lagunya popular dikalangan Bangsa Johor. Tapi tak sure budak budak sekarang tahu atau tak tentang irama dan lirik lagu ni.. hehe


Ok, perlu di ingat, yang Singapore merupakan sebuah negara yang sangat menjaga ekonomi dalamannya. Maksud saya, ada barang barang yang memang dikenakan tax oleh pemerintah, contohnya arak dan rokok. So untuk menjaga ekonomi dalaman mereka, rokok, arak dan beberapa barangan terkawal adalah sangat dilarang untuk dibawa masuk ke Singapore. Boleh kalau nak bawak, tapi kena tax dulu la. So kalau brader atau bradis (akak akak) yang isap rokok, sila pastikan rokok yang dibawa hendaklah sudah dibuka. Kalau belum buka, sila buka dan buang satu batang - kononnya macam dah isap satu batang la.. dan rokok yang dibawa tu adalah untuk kegunaan sendiri. Kalau belum bukak? Kalau belum bukak, dan tak ditangkap oleh kastam, ok selamat. Tapi kalau kena tangkap, emm menjawab la dengan kastam. Soalsiasat lebih kurang sama macam penyeludup yang bawak satu kontena rokok. OK? Jelas? Arak pun sama konsep


Sebenarnya walaupun diaorang buat macam tu, masih ramai jugak yang licik dan boleh bawak rokok seludup kedalam Singapore. Macam mana? Emm no komen. 


Next entry, saya akan apa yang kita perlu ada kalau nak masuk ke Singapore. Especially kalau kita Malaysian. Passport? Calling Visa? Permit?

No comments:

Post a Comment